Saturday 30 March 2013

Haiwan peliharaan...

 Disini saya ingin menceritakan  berkenaan dengan haiwan peliharaan saya. Saya ada memelihara beberapa ekor arnab yang telah dikacukan bakanya. Kalau korang nak tahu  arnab yang saya pelihara ini , pada mulanya bukan atas minat saya tetapi atas minat ibu saya.

Ibu saya peminat tegar arnab nie, sampai adik- adik saya pun suka pada arnab . Mula-mula ayah saya tidak bersetuju untuk memelihara arnab .. katanya "susah nak berjalan, pergi sana sini" , jadi mak saya tetap nak juga pelihara arnab itu. Ayah saya pun ikut je lah minat mak saya tu.
Selepas kami arnab itu daripada mak sedara saya ayah saya pun jadi suka akan arnab tu. Sampaikan waktu malam selepas balik daripada masjid pun ayah saya akan tengok arnab tu. korang tahu arnab tu sangat comel.

Permulaan kami jaga arnab tu hanya dua ekor je, Jantan dengan betina , tapi arnab pertama kami jaga tak buntinglah plak.... x de lah anak. Selepas itu kami pun cari baka arnab lain plak. Kali nie kami ambil baka Arnab giant... emmm..... korang tahu tak arnab giant baka jenis camne??

 haa... lau korang nak tahu arnab giant nie jenis baka arnab yang besar... comel juga tapi kalau untuk dibawa bermain sangat tidak sesuai.... sebabnya arnab ini mempunyai badan yang besar berbeza daripada arnab yang biasa kita tengok.... dia kalau lari penat korang kejar.....mata dia sangat bulat.... boleh nampak sampai anak mata.......

1 comment: