Monday 27 May 2013

Bagaimanakah pembinaan kandang yang fleksibel untuk arnab anda........

Assalam... annyohaisayo....konichiwa..... ahlanwasahlan......

ok2.......ha.... korang nak tahu x macam mne kita nak tahu yang kandang yang kita bina untuk arnab tu sesuai ke tidak....emmm......kalau sayalah nak je tahu..kan tu pun satu maklumatkan????

Nie arnab saya..... comelkan... bila ingat dekat dia baru rasa nak wat cantik2 kandang arnab saya....hehe
 Nie anak arnab labu singa saya..... dia suka duk atas batu nie... jadi x pe lah......

mula2 saya nak cite pasal kandang arnab dirumah saya dulu..... kalau saya tengoklah kan di rumah saya ada 5 buah kandang arnab yang mempunyai ciri2 yang berbeza tiap satunya.....kerana setiap satu di bina mengikut jumlahnya tersendiri.... arnab saya yang melahirkan anak akan diasingkan ke dalam kandang yang sederhana besar ini kerana boleh menjimatkan ruang .... manakala arnab yang remaja pula akan duduk dalam kandang yang paling besar.... saya rase kita pun boleh masuk...

satu kandang lagi yang besi .. kandang nie saya beli di kedai je... kandang nie digunakan apabila hendak membawa haiwan ke klinik khususnya.........

tu kandang arnab saya lah.....


nie tips kalu korang nak buat kandang arnab korang sendiri.... tu lau korang tahu menukang macam ayah sayalah kan......


1) korang kena mencari kayu yang sesuai untuk dijadikan sangkar, korang kena memastikan yang kayu yang korang cari cukup kuat untuk menampung berat arnab korang.... kalau korang pelihara baka giant korang kenalah guna kayu yang lebih besar berbanding biasa....... nie kerana arnab akan aktif pada waktu malam dan lau kayu x kukuh susah nak cakap arnab korang x terlepas.....


2) korang kena cari pembawah kepada kandang arnab tu..... bagi saya lebih suka menggunakan lantai jaring dawai/besi sebagai lantai dia.... nie kerana lantai ini mudah untuk najis arnab keluar dan dibersihkan... tapi ada juga orang yang suka buat lantai solid / tertutup semua........


3) Letakkan zink/plastik sebagai tempat menadah najis arnab/ lantai sangkar..... kalau korang gunakan zink korang salurkan ia ke longkang supaya nanti mudah untuk membersihkannya.....selain itu, kedudukan zink itu kena condong kebawah sedikit......


4) kandang anda perlu mempunyai pintu yang cukup luas dan lebar bagi memudahkan kita untuk embersihkan dan juga mengangakat arnab itu..... di rumah saya kebiasaanya akan bawa main arnab tu jadi lau pintu kandang luas senag nak main dengan arnab......


saya x syorkan korang beli sangkar arnab yang mempunyai pintu diatas nie kerana apabila nak bawa keluar arnab tu takut dia tersekat dan boleh membawa kepada kecederaan pada badan arnab.


5) Apabila kandang korang dah siap korang kena memastikan pula di dalam kandang tidak ada besi, wayar, atau dawai tajam di dalam lantai, dinding dan pintu sangkar.



6) Pastikan kandang arnab anda selesa, yang mana boleh memuatkan bekas makanan , dan minuman . kalau korang rajin lagi boleh lah letakkan bahan mainan , korang boleh bina sendiri guna kayu je pun x pe.......nie untuk menggelakkan arnab korang bosan.......


Ayah saya buat tempat bermain arnab nie bertingkat jadi dia boleh melompat keatas n kebawah... tapi x lah tinggi sangat...... 

7) Seeloknya korang pastikan dulu lantai arnab yang korang buat tu dari besi/steel ini kerana kalau lantai arnab korang kayu atau papan mungkin akan menyebabkan kesan buruk kepada arnab seperti jangkitan fungus kerana apabila bahan kumuhan arnab tersebut melekat dilantai dan terkena anggota badannya ia akna mendapat penyakit... korang tahukan arnab adalah haiwan yang mudah kena penyakit,, tambahan pula kalau arnab korang tu baka kacukan ... lagilah senang untuk dijangkiti.....

8) Pastikan kandang korang bina tu mempunyai pengaliran udara yang baik... maksudnya korang jangan bina kandang yang tertutup sepenuhnya, korang kena bina kandang yang ada aliran udara masuk dan keluar. Jika korang dah ada ciri-ciri kandang arnab seperti saya nyatakan ini baguslah... 
Tapi korang jangan lupa pula menjaga kebersihan kandang arnab korang ini keran :

Ada penemuan terbaru berkenaan najis arnab.... korang tahu x yang najis arnab nie sebenarnya mempunyai gas metana yang menyebabkan arnab kerap mati dan sakit. Bagi saya sendiri pun tak berapa suka kalau kandang arnab saya dipenuhi dengan najis..... kecuali kandang arnab yang kecil lagi, mak saya x kasi bersihkan kandang arnab kecil takut anak dia mati..... jadi kena tunggu sehingga dia besar n boleh diangkat lebih kurang sebulan lebihlah..

Selain itu, kalau kandang arnab korang tu bersih n x kuat berbau kita nak datang dekat pun tak gelikan.... bau lau x melampau sangat x pe.. tapi lau sampai nak tengok pun x daya macam mana ye....

satu lagi.... arnab adalah sejenis haiwan rodensia yang mempunyai deria bau yang tajam... tu sebab korang kena pastikan yang najis dia selalu di bersihkan... sekurang-kurangnya kena bersihkan seminggu dua kali......


Kandang nie korang boleh dapatkannya di kedai haiwan yang berhampiran...... da macam2 jenis besar dari nie pun da....



Nie contoh kandang arnab yang ada di kedai


Ini pula kandang arnab yang saya kira selesa lah sebab duduk macam kat tempat dia sebenarkan???...
dalam angan2 saya ... kandang macam nie lah tapi saya nak lagi besar ngan ada penutup sangkar kat atas sekali sampai kita pun boleh masuk dalam sangkar tu lah.......

k,,lah,,, tu jelah serba sikit yang saya tahu ye.... lau salah tolong betulkan.....