Friday, 31 May 2013

Kaitan Arnab dengan mitos manusia


Adiyossss..................
Helloo.... hei guys.... and  nice to see you again..... It a beautiful days to tell you all about the mythology of rabbit.... as you all know rabbit is more like our pets than being a myth.. its right????..... hehe

OK2 cukup lah tu english, malay plak ye..... kita x sangka makhluk Allah yang ada mengangap ia haiwan peliharaan , perosak dan sebagainya nie... boleh ada mitos tersendiri mengenainya pula kan..... menarik tu...

Tahukah kita bagaimanakah evolusi arnab sebelum ini?.. saya pun tak tahu tapi nie lah sedikit info yang boleh dikongsikan selepas mencari maklumat berkenaannya :

- Spesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman Eosen,, Ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan Asia. Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas. Misalnya , Palaeolagus, spesies arnab pupus dari epok oligosen di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada arnab zaman sekarang ( menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab moden.

Bukan saja evolusi kita kena tahu tapi kita kena tahu jge sejarah arnab nie kan? macam mane sejarahnya...... agak korang lah kan?......
Orytolagus Cuniculus ( Arnab liar Eropah)
Mari kita kaji bersama ye....

Kesemua baka arnab yang ada pada hari ini berasal daripada arnab liar Eropah (ORYTOLAGUS CUNICULUS) yang berasal dari Eropah dan Afrika Utara. Pada tahun 1100 ta
hun sebelum masihi, pelayar Pheonician yang melawat pesisiran pantai sepanyolmenyangka Arnab berasal dari negeri tersebut. Orang Rom adalah manusia pertama yang membela arnab juga berpendapat demikian.

Orang-orang Rom menternak arnab untuk dagingnya, di dalam kawasan luas yang dipagari tembok tinggi, bagi menjamin keselamatan arnab. Di dalam tembok ini arnab dibiarkan berkembang biak.Kaedah ini merupakan kaedah yang popular selama beberapa kurun. Di England, sistem yang disebut warren terkenal sehingga pada tahun 1800, di dalam sistem ini, arnab diternak di dalam kawasan yang luas, melebihi 1000 ekar, yang dipagari dengan parit, longkang besar, pagar ataupun tembok.Sistem ini dibangunkan untuk tujuan perburuan dan juga peningkatan hasil bulu arnab.

Manakala, penjinakan arnab sebagai haiwan kesayangan bermula daripada paderi/rahib di Eropah Tengah , di dalam kawasan kediaman mereka, arnab mula dijinakkan dan baka terpilih mula muncul. Pada 600 A.D, Pope Gregory mengumumkan yang arnab bukan lagi semata-mata haiwan ternakan, tapi ianya amat istimewa. Ia boleh dimakan ketika perayaan Lent, di mana sepatutnya mereka berpuasa 40 hari.

Pemeliharaan arnab secara pemilihan baka bermula pada zaman pertengahan. Pada kurun yang ke 16, paderi/ rahib bernama Articola daripada Italy telah menghasilkan baka arnab berwarna putih, hitam dan bertompok. Menjelang kurun ke 15, pelbagai baka arnab yang berbilang warna dan saiz telah dihasilkan. Pada pertengahan kurun ke 15, Raja Richard telah membawa masuk 250 ekor Arnab putih dari tanah besar Eropah ke istananya di England, sebagai sukan alternatif bagi pahlawannya yang sudah bosan dengan haiwan buruan yang sama.
Fail:Rabbit in the moon standing by pot.png
Gambaran arnab yang ada dalam bulan mengikut
kepercayaan masyarakat cina

Tu lah serba sedikit mengenai history arnab nie.......korang tahu tak mitos mengenai arnab wujud dalam pelbagai budaya, khususnya budaya rakyat Asia Timur. Kebanyakan budaya rakyat mengambarkan seekor arnab itu seperti bulan  dan di gelar arnab bulan atau arnab jed, ini kerana mereka percaya yang ada seekor arnab tinggal di atas bulan .Dalam budaya rakyat cina, ia sering digambarkan sebagai teman kepada dewi bulan Chang'e yang sentiasa melesung air marga jiwa, tetapi dalam budaya rakyat jepun dan korea pila, ia sekadar melecek ramuan-ramuan kuih pulut.







Mengikut kepercayaan masyarakat cina Tahun arnab adlah tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Adajuga yang percaya tahun arnab membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.

Berdasarkan astrologi cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi dengan setiap dari tahun ini mempunyai signifikan tersendiri.



tu semua mitos dan kepercayaan sesetengah masyarakat mengenai arnab.... korang da juga ke.....??? x kan.... lau saya x da lah.... saya hanya memelihara arnab sebab minat dan suka pada arnab... dia x bunyi bising cam ayam dia lau x makan pun x kan nak berbunyi ye lah.... sampai kena kejar baru kita dengar dia berbunyi lah kot kan.... haha.... k lah hope enjoys with this little info about rabbit......

Kelahiran Kelinchi baru comel ....

emmm.....Hai guys.... and hello..... and Assalam for muslim people....k.....today... saya rase nak cerita kat korang mengenai cara arnab mengawan... seronokkan lau kita dapat tahu bagaimana arnab yang kita bela mengawan atau membiak kan?? pastu bunting , menyusu anak dia dan menjaga ank dia kan...????
jangan fikir seronok len plak... nie kita rasa gembira sebab nanti kita kan dapat baka arnab yang len.... jadi arnab kita akan berkembang banyak n kita juga yang sejuk mata tengok arnab yang kita bela banyak.....

Macam nie plak anak arnab saya yang umurnya lebih kurang seminggu waktu nie..... semuanya tido nak membesar katakan..... lau kita waktu kecil pun sama kan??? tido je kejenya.... samalah ngan arnab nie....




K..... nie gambar arnab saya yang x sabar sangat nak terjun dari pintu kandangnya..... haha... bukan gitulah , sebenarnya arnab saya memang suka sangat duduk depan pintu tu.... lau kami buka je pintu mesti dia menuju  ke pintu tu.... dia tahu tuan dia nak usap diakan.....

ok2 korang semua mesti tak sabar nak tahu macam mane arnab nie membiakkan??

k... nie tips lah lau korang nak membiakkan arnab peliharaan korang antaranya :

1) korang kenalah kawinkan arnab korang dulu, caranya mudah dan ringkas je.... korang masukkan arnab betina dalam sangkar jantan, tapi korang jangan lakukan sebaliknya plak sebab aranab betina nie dia ada " Territorial Behaviour" dia yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.....
OOO.... mesti korang baru terfikirkan ...... samalah ngan saya.....hehe

2) Masa mengawan yang arnab ambil x lama antara 1-5 minit sahaja, pastu korang ambil atau keluarkan arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Korang ingat jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi ini dikhuatiri arnab jantan akan mengawan lagi, kita pun tahu yang haiwan nie memang suka sangat mengawan kan....

3) Pastikan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan arnab korang.

Korang nak tahu tak fakta menarik mengenai arnab nie.... nakkan.???

Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan Order Lagomorpha dalam alam haiwan Filum Kordata. Haiwan ini pada asalnya hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. korang tahu tidak kurang dari 72 jenis spesies arnab yang telah dikenalpasti di seluruh duniayang sebahagiannya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia.

Itu yang di luar negarakan.... korang tahu x arnab spesies kita nia datang dari mana ye.....emm..... ha.... x tahukan.??

Fakta menarik mengenai arnab yang berada di kawasan tropika seperti Malaysia :
Secara Amnya ia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang , penjajah dan juga migran yang masuk. Kawasan seperti kita nie memang sukalah ke arnab tapi di kawasan iklim sederhana ia dianggap musuh kepada peladang kerana mereka haiwan herbivor yang memakan semua tumbuhan hijau.

Sekarang kita teruskan lagi dengan topik kita tadi.....Korang tahu x kekerapan arnab nie mengawan?... nie mesti tak tahukan?

- Kalau arnab yag korang pelihara jantan yang dewasa kesuburannya hanya boleh digunakan sekali dalam 3hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengesyorkan penggunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secaa pelahan kepada sekali sehari.

- Jika korang menggunakan kesuburan arnab jantan yang berlebihan dan melampau akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan ini kerana ia akan menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.

Selepas koorang dah mengawan kan dia tibalah plak korang memeriksa sama ada bunting ke tidak.... jadi lau dah bunting tu korang kena lah bersedia untuk menyambut kelahiran baru kan....

Mengenalpasti Bunting ARNAB :

Lau korang nak tahu arnab betina akan bunting antara 29 hingga 31 hari lebih kurang sebulan lah jugakan....
dah korang tahu tu korang kenalah masukkan plak kotak atau besen dalam kandang arnab tu.... nanti si betina akan masuk dalam kotak n beranak di situ.... tapi dielakkan menggunakan besen plastik nie kerana dia akan mengigitnya. Tujuan korang masukkan kotak tu awal supaya arnab dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan bekas tu.

Korang boleh nampak dengan jelas nanti tanda dia nak beranak pada hari ke 27-29. Lau korang dah tengok keadaan dia gelisah, cabut bulunya dari bahagian bawah perutnya korang biarkan je arnab korang bersendirian dan jangan digangu.

Kelahiran Arnab :
 1) Setelah arnab betina melahirkan anak korang kena memastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang , ini kerana takut ia akan mati kerana kesejukan.

Korang tahu arnab saya yang lahir semuanya mak saya yang jadi bidannya.... ape x nya pagi2 tu mak saya tengok arnab tu lahir pastu kena pindahkannya kat dlm kotak n isikan kekabu sekali.tu pun ada yang tak sempat di selamatkan... sedih-sedih.....

2) Lau korang dah pegang arnab tu masa dia lahir korang kena sapukan tangan korang dekat hidung ibu arnab tu, tangan yang sama bagi mengelakkan ibu arnab tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

3) Korang tahu arnab yang baru lahir kecildan tidak berbulu macam korang tengok anak tikus, macam tu jugalah anak arnab. Anak arnab nie bukan sahaja tidak ada bulu malahan buta dan pekak. Bulu pada badannya akan mula tumbuh pada umurnya seminggu, mata dan telinga anak arnab nie akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

4) Ketika nie makanan utama anak arnab nie adalah susu dari ibunya, sehinggalah pada umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak atau bekas dan mula makan makanan yang ibunya makan.



Nie umur dia seminggu jadi dia dah boleh dah makan rumput renek, macam pokok dalam gambar nie... sebenarnya nie bunga renek je.... tapi x memudaratkan dia x pe... dia lebih tahu ape yang elok dia makankan??..

K.. lah dah panjang sangat dah kan... dapat kan info yang saya nak sampaikan nie ka..... harap ia berguna kepada sesiapa yang membacanya......