Assalam ..... hello guys..... nice to meet again in my blog..... its wonderful thing to share with you all my little knowledge about my pet rabbit...... hope You all can understand my languange...
Sebenarnya mingu nie saya pulang ke kampung saya... dah lama x pulang rindu nak tengok binatang peliharaan saya arnab saya lah kan.... hehehe....
Tak tahu macam mana nak cakap bila saya balik tengok arnab saya yang dulunya kecil dah membesar.... sangat comel korang tahu.....
nie..... lah rupa arnab saya yang kecil dulu.... sekarang semuanya dah besar dan jadi comel sangat.... dah tu lau kita pegang dia ,lagi lah dia suka....
nak cerita dekat korang lau kita ada masalah apabila kita tengok haiwan secomel arnab nie untuk seketika kita akan rasa tenang dan mengembirakan kita.... tapai bukan itu sahaja korang tahu tak??
Haiwan peliharaan ada mendatangkan kebaikan kepada kita dengan cara yang tersendiri, mungkin ada setengah orang lau dia tengok haiwan rasa macam lapang je dada, maklumlah haiwan bukannya ada dosa macam kita manusia nie.....
Korang tahu apa kelebihan bila kita memelihara haiwan?
x tahu kan ....
Disini saya kongsikan kelebihan kita memelihara haiwan antaranya ;
1) Peneman di kala kita berdukacita : Kenapa saya kata begitu... nie kerana apabila kita melihat wajahnya yang sangat comel dan ragam yang berbagai membuat kan kita gembira, bukan sahaja itu bahkan menceriakan hari kita daripada pagi hingga malam., tu lah perasaan saya masa saya dukung arnab saya buat main.
2) Keselamatan : Bukan semua haiwan yang dipelihara seistimewa anjing, ini kerana anjing adalah haiwan yang Allah jadikan mempunyai sifat ketaatan kepada tuannya, sehingga sanggup mempertahankan kita ketika bahaya dengan menyalak atau mengigit. Bukan itu sahaja bahkan haiwan ini juga jika kita menyurunya menjaga rumah kita ia akan menjaganya .
3) Pupuk rasa kasih sayang : Dengan mempunyai haiwan yang dipelihara dapat memupukkan rasa kasih sayang dalam diri kita, apabila dia sakit kita akan merawatnya, mencuci sangkar mereka, memberi makan, memandikan dan sebagainya secara tidak langsung mendatangkan kesan positif dalam diri kita. betulkan?....
Korang tahu tak haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semula jadi kepada manusia , dengan kita meluangkan sedikit waktu dengan mereka antara 15 hingga 30 minit bermain bersama mereka atau melihat mereka bermain paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah. Pada masa yang sama , paras hormon serotonin, yang penting untuk kesihatan pula meningkat.
Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam jurnal Geriatrik Amerika mendapati, warga tua yang tinggal senderian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan . Meraka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.
Macam mana korang pulak?? berminat hendak memelihara haiwan.... banyak kelebihannyakan??? setuju.. setuju... k lah setakat nie dulu ye... Hope enjoys with this little info....