Friday 31 May 2013

Kaitan Arnab dengan mitos manusia


Adiyossss..................
Helloo.... hei guys.... and  nice to see you again..... It a beautiful days to tell you all about the mythology of rabbit.... as you all know rabbit is more like our pets than being a myth.. its right????..... hehe

OK2 cukup lah tu english, malay plak ye..... kita x sangka makhluk Allah yang ada mengangap ia haiwan peliharaan , perosak dan sebagainya nie... boleh ada mitos tersendiri mengenainya pula kan..... menarik tu...

Tahukah kita bagaimanakah evolusi arnab sebelum ini?.. saya pun tak tahu tapi nie lah sedikit info yang boleh dikongsikan selepas mencari maklumat berkenaannya :

- Spesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman Eosen,, Ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan Asia. Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas. Misalnya , Palaeolagus, spesies arnab pupus dari epok oligosen di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada arnab zaman sekarang ( menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab moden.

Bukan saja evolusi kita kena tahu tapi kita kena tahu jge sejarah arnab nie kan? macam mane sejarahnya...... agak korang lah kan?......
Orytolagus Cuniculus ( Arnab liar Eropah)
Mari kita kaji bersama ye....

Kesemua baka arnab yang ada pada hari ini berasal daripada arnab liar Eropah (ORYTOLAGUS CUNICULUS) yang berasal dari Eropah dan Afrika Utara. Pada tahun 1100 ta
hun sebelum masihi, pelayar Pheonician yang melawat pesisiran pantai sepanyolmenyangka Arnab berasal dari negeri tersebut. Orang Rom adalah manusia pertama yang membela arnab juga berpendapat demikian.

Orang-orang Rom menternak arnab untuk dagingnya, di dalam kawasan luas yang dipagari tembok tinggi, bagi menjamin keselamatan arnab. Di dalam tembok ini arnab dibiarkan berkembang biak.Kaedah ini merupakan kaedah yang popular selama beberapa kurun. Di England, sistem yang disebut warren terkenal sehingga pada tahun 1800, di dalam sistem ini, arnab diternak di dalam kawasan yang luas, melebihi 1000 ekar, yang dipagari dengan parit, longkang besar, pagar ataupun tembok.Sistem ini dibangunkan untuk tujuan perburuan dan juga peningkatan hasil bulu arnab.

Manakala, penjinakan arnab sebagai haiwan kesayangan bermula daripada paderi/rahib di Eropah Tengah , di dalam kawasan kediaman mereka, arnab mula dijinakkan dan baka terpilih mula muncul. Pada 600 A.D, Pope Gregory mengumumkan yang arnab bukan lagi semata-mata haiwan ternakan, tapi ianya amat istimewa. Ia boleh dimakan ketika perayaan Lent, di mana sepatutnya mereka berpuasa 40 hari.

Pemeliharaan arnab secara pemilihan baka bermula pada zaman pertengahan. Pada kurun yang ke 16, paderi/ rahib bernama Articola daripada Italy telah menghasilkan baka arnab berwarna putih, hitam dan bertompok. Menjelang kurun ke 15, pelbagai baka arnab yang berbilang warna dan saiz telah dihasilkan. Pada pertengahan kurun ke 15, Raja Richard telah membawa masuk 250 ekor Arnab putih dari tanah besar Eropah ke istananya di England, sebagai sukan alternatif bagi pahlawannya yang sudah bosan dengan haiwan buruan yang sama.
Fail:Rabbit in the moon standing by pot.png
Gambaran arnab yang ada dalam bulan mengikut
kepercayaan masyarakat cina

Tu lah serba sedikit mengenai history arnab nie.......korang tahu tak mitos mengenai arnab wujud dalam pelbagai budaya, khususnya budaya rakyat Asia Timur. Kebanyakan budaya rakyat mengambarkan seekor arnab itu seperti bulan  dan di gelar arnab bulan atau arnab jed, ini kerana mereka percaya yang ada seekor arnab tinggal di atas bulan .Dalam budaya rakyat cina, ia sering digambarkan sebagai teman kepada dewi bulan Chang'e yang sentiasa melesung air marga jiwa, tetapi dalam budaya rakyat jepun dan korea pila, ia sekadar melecek ramuan-ramuan kuih pulut.







Mengikut kepercayaan masyarakat cina Tahun arnab adlah tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Adajuga yang percaya tahun arnab membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.

Berdasarkan astrologi cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi dengan setiap dari tahun ini mempunyai signifikan tersendiri.



tu semua mitos dan kepercayaan sesetengah masyarakat mengenai arnab.... korang da juga ke.....??? x kan.... lau saya x da lah.... saya hanya memelihara arnab sebab minat dan suka pada arnab... dia x bunyi bising cam ayam dia lau x makan pun x kan nak berbunyi ye lah.... sampai kena kejar baru kita dengar dia berbunyi lah kot kan.... haha.... k lah hope enjoys with this little info about rabbit......

No comments:

Post a Comment